? ??????????????Bob Marley? ????? ?? ???Rating: 4.3 (114 Ratings)??1849 Grabs Today. 18059 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????????Music Play? ????? ?? ???Rating: 4.7 (25 Ratings)??1778 Grabs Today. 10235 Total Grabs. ??????Preview?? | BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, 12 October 2011

AS tuduh ejen Iran bunuh duta Arab Saudi

Pasukan Quds didakwa di mahkamah persekutuan New York

WASHINGTON: Amerika Syarikat menuduh ejen kerajaan Iran terbabit dalam plot untuk membunuh duta Arab Saudi ke negara itu. Adel A al Jubeir dengan bantuan anggota kartel dadah Mexico, lapor akhbar Arabnews yang memetik AP.

Peguam Negara, Eric Holder berkata, Amerika mahu Iran bertanggungjawab. Dua orang termasuk seorang anggota unit operasi khas Iran yang dikenali Pasukan Quds didakwa di mahkamah persekutuan New York.
Presiden Barack Obama menyifatkan yang rancangan pembunuhan itu sebagai melanggar undang-undang Amerika dan antarabangsa secara terang-terangan.

“Kami tidak akan membenarkan negara lain menggunakan tanah kami sebagai medan perang mereka,” kata Preet Bharara, peguam Amerika di Manhattan, pada sidang media Washington bersama Holder dan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Robert Mueller.

Holder menuduh rancangan itu angkara Angkatan Pengawal Revolusi Islam (IRGC), pengawal revolusi Iran yang berusia 32 tahun dan pasukan rahsianya, Quds.

“Pegawai atasan dalam agensi kerajaan Iran bertanggungjawab terhadap rancangan ini,” katanya.
Mueller berkata, banyak nyawa akan hilang dalam rancangan pembunuhan duta itu di Amerika.

Beliau berkata, plot itu membabitkan pemantauan panggilan antarabangsa, wang dadah Mexico dan cubaan meletupkan sebuah restoran Washington.

Ditanya sama ada rancangan itu dibuat dengan restu kepemimpinan kerajaan Iran, Holder berkata, Jabatan Kehakiman tidak mahu membuat tuduhan.

Sementara itu, pembantu Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin menafikan republik itu terbabit dengan rancangan membunuh misi Arab Saudi ke Washington dalam serangan besar-besaran. – AP/Reuters/Agensi

Click Here

~Sepanyol buat Scotland gigit jari~

SILVA dijulang rakan sepasukan, Santi Cazorla selepas meledak untuk Sepanyol ketika menentang Scotand di Stadium Rico Perez, kelmarin.
 
 
 
ALICANTE (Sepanyol): Malam yang menjanjikan penuh drama berakhir dengan kekecewaan buat Scotland apabila tewas 3-1 kepada Sepanyol menyebabkan mereka berada di tangga ketiga Kumpulan I dan melenyapkan peluang beraksi di play-off Euro 2012.

Dua jaringan pada babak pertama pemain Manchester City, David Silva dan David Villa sudah cukup buat Sepanyol yang berada di tangga teratas kumpulan dengan rekod 100 peratus daripada lapan perlawanan.
Gol sagu hati Scotland hadir menerusi sepakan penalti David Goodwillie pada minit ke-64 selepas Victor Valdes menjatuhkan Steven Naismith. Sejurus itu jurulatih Sepanyol, Vicente Del Boque terus merumuskan gaya dan falsafah pasukannya.
Berhadapan dua bahagian tengah yang besar tetapi dua pemain kami yang lebih kecil mampu menjaringkan gol. - Vicente Del Boque, Jurulatih Sepanyol
“Berhadapan dua bahagian tengah yang besar tetapi dua pemain kami yang lebih kecil mampu menjaringkan gol,” katanya.

Silva yang mempamerkan aksi memberangsangkan buat Manchester City musim ini berkata, dia memperoleh formula untuk memulakan rentak awal bersama pasukan kebangsaannya.

“Saya hanya perlu meneruskan corak permainan seperti itu,” katanya. “Kami saling bertukar hantaran dan bermain dengan baik, jadi kami sangat gembira.”
 
 
 

!Penyekong Malaysia masuk ke Stadium Jepun!

PENYOKONG mula memasuki stadium sebelum perlawanan pasukan Malaysia bertemu Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun.

~Pemain Malaysia menentang Australia~

PEMAIN negara Mahali Jasuli (kiri) dikawal ketat dua pemain Jepun di perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Malaysia bertemu Jepun bagi Kumpulan C di Stadium Tosu , Fukuoka.

Tuesday, 11 October 2011

Klon Osama saman FBI

                                          Gaspar Llamazares (kiri) dan Osama bin Laden


Ubah wajah jadi mirip muka bekas pemimpin al-Qaeda
MADRID: Seorang ahli parlimen Sepanyol berikrar menyaman Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana menggunakan wajahnya bagi menghasilkan imej yang diubah suai secara digital menjadi pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati dibunuh komando Amerika Syarikat beberapa bulan lalu.
Skandal pengubahsuaian gambar secara digital itu membabitkan Gaspar Llamazares, yang terbongkar pada Januari tahun lalu apabila gambar beliau digunakan untuk mencipta imej Osama menggunakan komputer, ketika pemimpin itu diburu tentera Amerika sebelum dikesan di Pakistan.
Walaupun FBI memohon maaf, media Sepanyol melaporkan, agensi keselamatan Amerika itu menyiarkan semula imej Osama yang direka dengan gambar Llamazares, Jumaat lalu, dan hanya memadamkannya daripada laman web agensi berkenaan, semalam.

“Saya akan saman FBI kerana agensi itu tidak membetulkan semula imej yang digunakan. Mereka hanya memohon maaf, itu pun tidak ikhlas,” kata beliau kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Ser.

Llamazares yang juga anggota parlimen parti pakatan United Left, berkata sebahagian daripada imej wajahnya digunakan untuk menghasilkan gambar digital menjadi dua individu.

“Kedua-dua individu yang dicipta menggunakan gambar saya digunakan sudah mati dibunuh,” katanya.
Media Sepanyol menyatakan, Llamazares merujuk kepada Osama dan pemimpin nombor dua al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman yang terbunuh di Pakistan Ogos lalu.

Ketika skandal dan pertelagahan membabitkan gambar Osama terbongkar Januari tahun lalu, duta Amerika Syarikat ke Sepanyol Alan Solomont memberitahu kerajaan Sepanyol bahawa beliau berasa ‘kesal dan kecewa’ dalam isu berkenaan.

Pada masa sama, jurucakap FBI berkata, seorang jurutekniknya sudah memadamkan imej Llamazares daripada internet, sebaliknya hanya menggunakan imej rambut dan dahi beliau untuk menghasilkan semula gambar Osama.

Komando tentera Amerika membuang mayat Osama di laut selepas operasi di bandar Abbottabad, 2 Mei lalu. – AFP

~90 peratus kanak-kanak ketagih layari internet~

                                   Pelan strategik lindungi kesan negatif siber dirangka
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan remaja di negara ini dilaporkan melayari internet pada purata 19 jam seminggu, sehingga menyebabkan mereka terdedah dengan pengalaman negatif menerusi penggunaan teknologi itu termasuk buli, penipuan identiti dan pornografi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata situasi itu mewakili kira-kira 90 peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak atau sembilan daripada 10 daripada mereka berusia lima hingga 18 tahun di negara ini yang dilaporkan terdedah dengan gejala negatif dunia siber, sekali gus mampu mempengaruhi emosi mereka.
Kementerian akan merangka satu pelan strategik merangkumi kajian sama ada perlunya undang-undang atau polisi untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa kesan negatif internet. - Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Sehubungan itu, katanya, kementerian akan merangka satu pelan strategik merangkumi kajian sama ada perlunya undang-undang atau polisi untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa kesan negatif internet.

“Data diperoleh daripada Norton Online Family Report 2010 juga melaporkan hanya empat daripada 10 ibu bapa mengetahui apa dilayari anak mereka dalam internet.

“Jadi, kementerian akan memimpin pihak berkepentingan, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), CyberSecurity dan DIGI mengolah pelan strategik bagi memberi perlindungan kepada golongan sasar kerana ini amat berbahaya dan sejajar dengan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang dipersetujui kerajaan pada 2009,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Seminar Perlindungan Kanak-kanak Dalam Alam Maya (Child Online Protection) dan pelancaran buku Guide to a family friendly internet experience, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Prof Datuk Husin Jazri.
Shahrizat berkata, selain penekanan aspek perundangan, kementerian melalui pelan strategik juga akan turun padang bagi menganjurkan program advokasi dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk memberi pengetahuan kepada ibu bapa mengenai situasi berkenaan.

Katanya, rangka kerja pelan strategik itu rentetan persetujuan kerajaan supaya negara menyertai ‘Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the Sale of Children, Child Prostitution and Child Pornography, September lalu.

“Jadi, dengan pelancaran buku ini, ia permulaan bagi pelan strategik itu sebelum kita melakukannya secara menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, Husin berkata, CuberSecurity menerima aduan 11,930 insiden membabitkan jenayah siber sepanjang tahun ini sehingga September lalu yang dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999.

Beliau berkata, berdasarkan Statistik Insiden Keselamatan Siber, bilangan itu melonjak sehingga 130 peratus berbanding jumlah insiden pada tahun lalu, iaitu hanya 5,181.

Katanya, jenayah siber yang dilaporkan merangkumi penipuan (4,175), spam (3,452), pencerobohan (2,345), kod berbahaya (867), cubaan pencerobohan (525), gangguan siber (354), kelemahan laporan (87), gangguan perkhidmatan (77) dan kesalahan berkaitan kandungan (48).

Real cuba pancing Hernandez RM147j

                                               UNITED sanggup gandakan gaji mingguannya.
 
Real cuba pancing Hernandez RM147j

LONDON: Penyerang Manchester United, Javier Hernandez dikejutkan dengan tawaran perpindahan bernilai 30 juta pound (RM147 juta) daripada kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, semalam.
Namun pengurus United, Alex Ferguson bertegas penyerang 23 tahun itu akan kekal di Old Trafford dengan menawarkan kontrak baru lima tahun dan menggandakan gajinya daripada 25,000 pound (RM122,584) kepada 75,000 pound (RM367,753) seminggu.
Real bagaimanapun sedia menggandakan jumlah itu dan membayar yuran perpindahan yang nilainya lima kali ganda berbanding jumlah dibayar United ketika membeli Hernandez, 18 bulan lalu.

Jurulatih Real, Jose Mourinho mahu perpindahan itu dilakukan Januari depan tetapi percaya peluang terbaik mendapatkan Hernandez ialah pada penghujung musim ini.

Lantas Ferguson berharap Hernandez tidak berubah hati untuk berhijrah ke Bernabeu, perkara sama yang pernah dilakukan Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Hernandez atau lebih popular dipanggil Chicharito, menjaringkan 20 gol sepanjang musim sulungnya musim lalu bagi membantu United merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris buat kali ke-19.
United kelmarin mengikat pemain tengahnya, Tom Cleverley, 22, untuk lanjutan kontrak empat tahun. – Agensi