? ??????????????Bob Marley? ????? ?? ???Rating: 4.3 (114 Ratings)??1849 Grabs Today. 18059 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????????Music Play? ????? ?? ???Rating: 4.7 (25 Ratings)??1778 Grabs Today. 10235 Total Grabs. ??????Preview?? | BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, 12 October 2011

AS tuduh ejen Iran bunuh duta Arab Saudi

Pasukan Quds didakwa di mahkamah persekutuan New York

WASHINGTON: Amerika Syarikat menuduh ejen kerajaan Iran terbabit dalam plot untuk membunuh duta Arab Saudi ke negara itu. Adel A al Jubeir dengan bantuan anggota kartel dadah Mexico, lapor akhbar Arabnews yang memetik AP.

Peguam Negara, Eric Holder berkata, Amerika mahu Iran bertanggungjawab. Dua orang termasuk seorang anggota unit operasi khas Iran yang dikenali Pasukan Quds didakwa di mahkamah persekutuan New York.
Presiden Barack Obama menyifatkan yang rancangan pembunuhan itu sebagai melanggar undang-undang Amerika dan antarabangsa secara terang-terangan.

“Kami tidak akan membenarkan negara lain menggunakan tanah kami sebagai medan perang mereka,” kata Preet Bharara, peguam Amerika di Manhattan, pada sidang media Washington bersama Holder dan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Robert Mueller.

Holder menuduh rancangan itu angkara Angkatan Pengawal Revolusi Islam (IRGC), pengawal revolusi Iran yang berusia 32 tahun dan pasukan rahsianya, Quds.

“Pegawai atasan dalam agensi kerajaan Iran bertanggungjawab terhadap rancangan ini,” katanya.
Mueller berkata, banyak nyawa akan hilang dalam rancangan pembunuhan duta itu di Amerika.

Beliau berkata, plot itu membabitkan pemantauan panggilan antarabangsa, wang dadah Mexico dan cubaan meletupkan sebuah restoran Washington.

Ditanya sama ada rancangan itu dibuat dengan restu kepemimpinan kerajaan Iran, Holder berkata, Jabatan Kehakiman tidak mahu membuat tuduhan.

Sementara itu, pembantu Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin menafikan republik itu terbabit dengan rancangan membunuh misi Arab Saudi ke Washington dalam serangan besar-besaran. – AP/Reuters/Agensi

Click Here

0 comments: